Monday, 6 February 2017
Alam menghijau
Bumi kita dipenuhi dengan banyak tanam-tanaman yang menghijau.Pelbagai jenis tanaman yang terdapat di malaysia seperti pokok rosel,jagung,manggis dan sebagainya.Bukan itu sahaja,pokok seperti ini dikenali sebagai pokok yang mendatangkan hasil untuk tujuan makanan.Di negara kita juga terdapat pokok yang berperanan untuk mengeluarkn hasil yang menyumbang kepada industri seperti pokok kelapa sawit,getah,koko dan banyak lagi.Tumbuhan yang menghijau ini sangat menyejukkan mata memandang serta menenangkan fikiran.Selain itu,warna hijau sungguh mendamaikan dan menyamankan.Tambahan pula,tumbuhan membebaskan gas oksigen yang sangat diperlukan oleh manusia.Justeru,kita akan dapat menghirup udara yang segar lagi bersih.Hal ini juga,orang yang penglihatannya kurang jelas dapat membaik pulih matanya dengan memandang tumbuh-tumbuhan.Sungguh hebatnya ciptaan yang maha esa kerana terlalu banyak kegunaan tumbuhan yang menghijau ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment