Friday 3 March 2017

Pengenalan

Pengenalan


   Industri crop ditanam untuk menghasilkan barangan atau produk dan tidak hanya fokus kepada makanan semata-mata. Industri crop juga bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara melalui eksport. Pokok getah merupakan salah satu tanaman industri crop. Pokok getah ditanam dalam skala yang besar kerana pokok getah mendapat permintaan yang tinggi oleh negara-negara luar. Pokok getah yang sihat boleh digunakan untuk menghasilkan lateks atau susu getah yang tinggi. Lateks yang dihasilkan oleh pokok getah boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan seperti tayar. Pokok getah ( Hevea brasiliensis ) ialah pokok dalam famili Euphorbiaceae dan ahli terpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil seperti lateks boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.

No comments:

Post a Comment