Sunday 5 March 2017

Botani pokok getah

BOTANI POKOK GETAH


     Pokok getah adalah pokok yang daunnya luruh, kebiasaannya tahap kematangannya adalah 30. Ketinggian pokok getah kebiasaannya ialah 40 m. Batangnya berbentuk silinder tetapi semakin mengembang. Hal ini kerana untuk menyokong pokok getah dan untuk menstabilkan pokok getah.







Daun pokok getah pula dikenali sebagai trifoliate. Maksud trifoliate ialah satu tangkai mempunyai 3 helai daun. Daunnya juga bersifat kalis terhadap air dan tergantung selari pada setiap tangkai. Satu petiole mengandungi 3 helai daun. Seperti yang kita ketahui daun pokok getah berwarna hijau. Hal ini bertujuan untuk menjalankan proses fotosintesis. Selepas musim luruh daun ini akan bertukar menjadi warna coklat cerah, merah atau kuning.










        Bunganya pula berbentuk kecil dan tidak mempunyai kelopak. Bunga-bunga ini bergabung dan membentuk clusters iaitu rimbunan. Bunganya berwarna putih teraang atau kekuningan dan baunya terlampau kuat dan tajam. Bunga jantan dan bunga betina berada pada satu kuntuman yang sama. Ini untuk menggalakkan proses pendebungaan. Pokok yang mengandungi banyak bunga membolehkan kita tahu bahawa lateksnya juga banyak. Jadi kita akan dapat mengeluarkan getah yang banyak.













Buah getah pula adalah berbentuk kapsul dan mempunyai 3 cabang. Saiznya besar dan tergantung (3.5 - 6.0 g / bijih benih ). Apabila bijih getah masak atau matang, kapsul ini akan meletup dan akan keluar bijih daripadanya. Bila bijih getah jatuh, bijihnya akan jatuh bertebaran di sekeliling pokok getah. Semasa bijih masih muda warnanya hijau dan apabila telah matang akan bertukar menjadi warna coklat. Bijih benih boleh digunakan untuk pembiakan. 







Batangnya pula pucat kepada coklat gelap dan sedikit licin permukaannya untuk memudahkan proses penorehan dan pengaliran keluar lateks.












No comments:

Post a Comment